Dimalam yang hening diiringi deraian hujan yang turun renyai-renyai diluar sana, aku terus membelek buku "Wanita-wanita Sufi" karya Dr Jarid Nurbakhsh yang telah habis aku baca setelah sekian lama dahulu. Buku itu aku ulang pembacaannya kerana ingin mendalami sifat wanita-wanita tersebut dan keasyikan mereka dalam beribadah dan memburu cinta Ilahi...
SubhanaAllah...hanya kalimah itu yang mampu aku keluarkan dari bibirku dalam aku menghayati kehidupan yang mereka lalui, tidak memikirkan dunia dan isinya malah hidup mereka hanya semata-mata ingin mendapat cinta Allah.Pentingnya bagi kita terutamanya wanita-wanita diluar sana dalam menyelusuri ketamadunan umat yang belum mampu ditandingi oleh sesiapa pun di zaman moden ini.
Mereka ini tidak lain, merupakan wanita-wanita pilihan Allah s.w.t, bukan makhluk asing tetapi adalah role model untuk kita jejaki dan teladi bagi mengembalikan maruah yang kian tercabar..Ayuh!!!bangunlah wanita, contohilah mereka dalam mencari cinta Ilahi..Disini, penulis membawakan bait-bait syair yang sering diungkapkan oleh salah seorang wanita sufi"Rabiah al-'Adawiyah" kepada kekasih Agungnya :
Wahai kebahagiaanku, kerinduanku,
Wahai perlindunganku, sahabatku,
Wahai ketentuan jalanku,wahai tujuan utamaku!
Engkaulah rohku
Engkaulah harapanku
Engkaulah sahabatku, kerinduanku dan keselamatanku
tanpa diri-Mu, wahai hidup dan cinta-Ku, takkan
pernah aku mengembara melintasi negeri-negeri
tak terbatas ini.
Betapa banyak rahmat, betapa banyak anugerah,
kurniaan dan nikmat telah Engkau tunjukkan padaku.
Cinta-Mu yang kucari dan didalamnya aku diberkahi,
wahai cemerlang mata kalbu kerinduanku!
Engkaulah pembimbing kalbuku!
Selama hayat masih dikandung badan,
aku takkan pernah lari menjauhi-Mu
Redhailah aku, wahai hasrat kalbuku, dan aku pun
bakal beruntung dan beroleh berkat.
Begitulah bait-bait syair yang diungkapkan oleh beliau.Mampukah aku menjadi sepertinya??Seperti wanita-wanita sufi pilihan Allah yang hidup dan mati mereka hanyalah mencari redha Allah..??Ya Allah kuatkanlah imanku sepertimana mereka, berilah aku kekuatan dalam menjadikan mereka sebagai role model kehidupanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment