
Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukanlah emas atau perak,tetapi dua rakaat menjelang subuh,dahagamu ditengah hari yang panas kerana puasa,derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah,air mata taubat,sujud panjang diatas hamparan sejadah dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.
Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda,nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik didunia meskipun pakaian anda bertampal.Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda,nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun didunia meskipun anda tidak berkasut.Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non muslim,yang suka memperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahannam.
Sungguh indah bait-bait ini.Semoga diriku dan wanita-wanita muslimah diluar sana dapat menghayatinya dan menjadikan sebagai panduan dalam menuju syurga kekal abadi.
No comments:
Post a Comment