Hidupku bukanlah hanya seorang guru tetapi juga sebagai warden.Perlantikanku sebagai seorang warden adalah satu amanah yang aku kira amatlah besar dalam hidupku yang aku sendiri tidak pernah terfikir untuk memikul tanggungjawab seberat ini.Mana tidaknya bukan hanya terpaksa berhadapan berbagai kerenah pelajar puteri malah kadangkala sering menerima rungutan,cemuhan dan sebagainya oleh waris pelajar.Namun aku terima semua itu sebagai ujian serta dugaan dari Allah untukku.Aku percaya dengan ayat-ayat Allah yang mengatakan Dia tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Dalam kehidupan ini, setiap yang diuji dengan kepahitan akan merasa nikmat kemanisan jua akhirnya..Namun nikmat kemanisan hanya akan dirasai bagi mereka yang benar-benar ikhlas keranaNya..Semoga tarbiyah yang dibawa di Asrama mampu mentarbiyah diri anak-anak pelajar dimana pun mereka berada..Percayalah wahai anak-anak didikku bahawa tarbiyah yang antunna peroleh di Asputri tidak sama sekali akan menjumpainya ditempat lain.
Sekitar Kem Kepimpinan Asputri 2011
Tempat kami berprogram
Junggle Treking
Akhirnya kami sampai jua ^_^
Penatnya berjalan...
Aktiviti malam yang mencabar minda
Berhati-hati membawa lilin...takut bendera terbakar ^_^
Semangat kerjasama dalam kumpulan
Antara warden yang turut hadir
Suasana tempat sangat mendamaikan
Menguji minda
Cantum ayat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment